Jumaat, 24 Julai 2009

TAK UPDATE LANGSUNG

Rasanya akulah yang maleh nak update blog...serius cakap sangat sibuk dengan kerja. Buka juga blog nak post punya la lambat....Paling suka baca blog kat bro dentist di uk...perkenalan alam maya, sampai tiap-tiap hari nak tahu berita terkini. Kawan kita sawal dan balik malaya ye Dr.
Mengenai perkembangan aku pulak, tengah menyiapkan tugasan tertunggak sebelum melangkah bekerja sendiri. Bagaimana rasanya, bila tiap-tiap hujung bulan duit masuk akaun dah berhenti??....adakah rasa lemon, muka bertukar jadi biru atau terasa terantuk dinding. Tapi yang pasti perancangan mesti diteruskan. Bila merancang, pastikan perancangan berjaya, kemudian lihat hasil adakah seperti sepatutnya atau sebaliknya. He..he..tak mahu melalut lebih-lebih.
Bulan ini juga my Ina punya kereta habis hutang "hire purchase", rasa lega bila dah abis hutang, tetapi seperti dijangka-jangka. Banyak pualk kena keluar lagi untuk baiki part yang lusuh. Jangan gatal masuk showroom sudah...he..he...Tetapkan diri with in 1 year no more new car. My honda pun baru nak masuk 2 tahun.
Bulan depan dijangka, dapat terima kunci apartment baru di Selayang. Gembira ada tak gembira pun ada. Gembira pastinya dapat apartment yang dah tiga tahun menunggu(tandatangan s & p seminggu ina lahirkan Aliff) dan tak gembiranya dah start kena bayar full instalment tiap-tiap bulan. tambahan lagi dengan perancangan nak berhenti, biru balik muka.

Rabu, 24 Jun 2009

BUKA BLOG

Ayat pertama keluar mesti macam boring nak baca...ha..ha...sebenarnya aku dah lupa pun password gogle...buka tapi tak boleh tulis. Alhamdulillah hari nie ingat balik.
Bulan nie genap 6 tahun 6 bulan aku bekerja di Halim Ahmad & Co. Sekejap masa berlalu dan bermacam perkara ku lalui. Bermula kerja di usia 22 tahun, Berumah tangga di hujung 25, Menjadi bapa yang hampir pengsan di wad hospital di penghujung 26, dan kini bulan depan 23 July 2009, genap usia 29 tahun....he..he..penghujung 20-an. pakcik dah tua...teringat disini juga bro mady dah 39 tahun nie yer....kata orang awal usia 40-an, waktu cabaran bagi lelaki
Sebenarnya perjalanan masih jauh dan banyak perlu diharungi. Mengikut perancangan juga bulan nie adalah bulan terakhir aku makan gaji....seperti kata Dr Mady "nak bakar jambatan" sekali bakar takde patah balik.
Entah mengapa aku suka pilih nombor yang ada kaitan dengan 6. Mat saleh tak suka nombor nie kan...he...he...Mula tahu bawa basikal berumur 6 tahun, sulung dari 6 beradik, keputusan peperiksaan 6A, 6 Agregate, ...Hantaran kawin 6 Ribu...he..he.....setelah kerja 6 tahun 6 bulan baru nak berniaga sendiri.......Ahh apa ada pada nombor, kalau poket kurang nombor.....

Isnin, 8 Jun 2009

KERJA MELAMBAK

Rasanya aku orang yang malas nak tulis blog...bukan takde ide..tapi sangat-sangat sibuk dengan tugas harian(he..he..kadang-kadang buat2 sibuk). Dengan keadaan tempoh pengauditan untuk tahun berakhir 31 December semakin berakhir. Untuk pengetahuan biasanya untuk syarikat Sdn Bhd Company perlu menyerah simpan penyata kewangan minggu pertama July kepada SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Maka kerja-kerja audit perlu diselesaikan sebelum berakhir Jun. Dan salinan penyata kewangan perlu diserahkan kepada setiausaha syarikat untuk tujuan serahan dan simpanan.
Semua benda nak cepat, client bising, senior bising, bos lagi bising...maka itu aku pun tak sempat nak berblog...hanya mampu click tengok dan click exit.

Jumaat, 29 Mei 2009

AL KISAH LAMA TAK MENULIS

Hari-hari sebagai seorang akauntan ...sangat lah sibuk ..tambahan semakin sampai ke waktu kemuncak...bulan May, Jun dan Julai...terasa kerja bertimbun dan masa berlalu cepat. Oleh itu perancangan kerja amat lah penting...Jika tidak kerja semakin melambak, final job tak keluar...lastnya client call marah-marah. Itu yang syahdu.....he..he..

Rabu, 29 April 2009

DEMAM!!!

Hari ni sangat spoilt....kena demam, kaki sejuk-sejuk dan kepala sedikit panas. Kerja punya la banyak...kalau susun file tue ..lepas tu jatuh terhempap kepala mau patah leher...he..he..biasalah sekarang masa hidup untuk bekerja...celik mata pergi kerja...petang balik tidor esok begitu rutinnya.
Demam sekali dengan tekak kering dan batuk sikit-sikit...kena selsema babi ker aku...he..he..rasanya takde pulak pergi obersi...pergi sungai besi selalu lah. Kalau nak kena sakit tak payah tunggu selsema babi pun....dalam bersih pun boleh kiok...dunia hanyalah tempat tumpangan sementara....akhirat jua kekal abadi....bila ingat begini terasa sangat-sangat kerdilnya diri ini....
Oklah petang nanti kalau panadol tak jalan, kena pergi klinik. Lagipun esok cuti....

NYARIS KENA PUKAU!!!!

Petang ni aku pergi bank, bayar bill credit card di Bangsar. Pergi cari parking masuk bank, dan buat transaksi duit melalui cash deposit. Selesai terus keluar dan menghala ke tempat parking balik. Macam biasa jalan letih lesu di petang kala nie. Sampai di tempat parking aku disapa satu mamat nie....kurus, gelap dan mata merah. Percakapan slang Indonesia " Encik tahu di mana kedai nombor"...aku rasa macam tak sedap hati. Jawap cepat start enjin dan terus jalan. "Maaf, saya tak tahu, cuba tanya mamat sana tu"....sambil terus bergerak.
Dalam hati dah start baca ayat kursi dan 3 kul. Terasa seram sejuk juga. Alhamdulillah semuanya ok.
Pada perkiraan aku, faktor yang menyelamatkan aku.Pertama ingat Allah dan zikrullah. Kedua belum ada sentuhan (tak sempat berjabat tangan lagi). Ketiga cabut cepat dari tempat kejadian. Keempat memang tengah takda duit dan Kelima Allah menentukan segalanya. Kalau dah ditentukan Allah kita ditimpa musibah, walau macaman berhati-hati pun tetap akan kena.
Yang penting kena selalu ingat kepadanya...Alhamdulillah.

Isnin, 27 April 2009

KERJA GILA!!!!



Bila kita lihat gambar ni, mesti akan jadi tanda tanya kenapa ada pencawang elektrik di tengah-tengah jalan yang lurus. Jawapan saya, mereka yang merancangnya takde otak, otak letak di kepala lutut.

Apakah akan jadi bila jalan tanah merah ini akan dibesarkan atau diluaskan atau dinaik taraf? Jawapannya tentu akan menyusahkan. Dimanakan letaknya kredibiliti mereka yang menjalankan kerja?

Setiap hari puluhan petani-petani melalui jalan merbahaya ini untuk mencari rezeki. Oleh itu setiap hari juga mereka menempuh bahaya. Jika berlaku kecelakaan atas sebab ini siapakan yang perlu di pertanggungjawabkan?

MY KEBUN


Ini gambar yang diambil setahun yang lalu. Kelihatan abah tengah mengangkat benih sawit. Alhamdulillah dengan pertolongan abah, saya adalah salah seorang pemilik tanah dalam peta Malaysia. Walaupun keluasannya tidak besar. Tetapi ia menjadi wadah dan penyambung warisan abah memelihara tanah.
Minat mengenai tanah memang mendalam dan ia adalah salah satu hobi saya. Kini usia pokok sawit menjangkau dua tahun. 7 bulan semasa ditaman + satu tahun lima bulan kini.
Bercerita mengenai tanah, sebenarnya tanah adalah maruah kita. Pada saya setiap seorang dari kita perlu memiliki paling tidak sebidang tanah, samaada tapak rumah, tapak di lot-lot perniagaan atau pun sebidang tanah menempatkan tanaman.
Bila kita mimiliki tanah, kita memiliki sebahagian dari bumi malaysia tercinta. Kita ada hak dan penguasa dan juga penentu sedikit keputusan. Kita tak mudah diperlekeh dan kita tidak merempat dibumi sendiri.
Bercerita mengenai merempat, saya jadi sedih kebanyakan kita masih tidak memiliki ekuiti dan pegangan.

Jumaat, 24 April 2009

BACA BLOG..!!!

Masa yang ada , selapas office hour aku "merayap baca blog. Mula singgap di blog bro ku Dr Mady...terus ker Dr Asyraf sesat sampai ker blog RauhanHussin...Dr Asyraf dan rauhan nie oghe kelate yang duk merantau belajar....Dr Asyraf dokter perubatan dan Rauhan lecture UMT...seronaok juga baca pengalaman mereka...walaupun tak berjaya belajar sampai "obersi" baca catatan mereka pun rasa dekat dihati.....
Sebenarnya ada cita -cita dulu unttk belajar luar negara. Malangnya ekonomi gawat tahun 1997, memang peluang nak belajar ke luar negeri hampir tertutup terus...tapi saya tetap bersyukur pada yang esa berada di keadaan sekarang...he..he..senang hidup jer....dan di permudahkan segala urusan.....
Berbalik kepada Rauhan, he..he..muka sama macam saudara mara wife aku Ina kat Tumpat...he..he...diberitahu sekali lagi keturunan aku dah bercampur darah kelate...dan my Aliff and Alya, sangat-sangat biasa make budu....siap cicah dengan timun lagi......

he..he..aku sampai sekarang masih tak boleh makan budu secara langsung...cuma kalau dah masuk dalam makanan tak tahu la aku....

Rabu, 22 April 2009

ALYA MAISARA


Nie anak kedua aku..ALYA MAISARA kebetulan nama macam lagu mamat Exist...serius secara kebetulan nama sama....
Sekarang dan setahun 2 bulan, baru mula berjalan sebulan yang lepas...

Isnin, 20 April 2009





My kereta idaman, try to get that before 35...he.h.he..berangan C200K almost RM 233,000 beb.....kalau makan gaji sure tinggalkan sajer cita-cita itu. Oleh itu aku kena rushing planning nak start business cepat-cepat...layan jangan tak layan

Matlamat terdekat mahu sambar C200K before 30...menghitung hari, maka tinggal 1 tahun 3 bulan sebelum capai matlamat...time to work hard.....so market value c200k year 2001 sekarang 95k...if satu tahun lagi around 80k kot...he..he..hidup mesti ada matlamat beb...baru akan kuat berusaha dan bekerja.....bila dah berusaha, tawakal kepadanya.....kerana ia menentukan segalanya....


ALIFF IMRAN BIN FARUL RAFIQ, anak sulung aku, lahir pada 26 November 2006, semakin membesar penyambung perjalanan dan perjuangan.

PERMULAAN SEBUAH CATITAN

Assalammualaikum w.b.t

20, April 2009- Bermulalah catatan aku dalam menulis blog...ianya teramatlah baru..dan terlalu banyak perlu aku pelajari dan layari...he..he..