Jumaat, 24 Julai 2009

TAK UPDATE LANGSUNG

Rasanya akulah yang maleh nak update blog...serius cakap sangat sibuk dengan kerja. Buka juga blog nak post punya la lambat....Paling suka baca blog kat bro dentist di uk...perkenalan alam maya, sampai tiap-tiap hari nak tahu berita terkini. Kawan kita sawal dan balik malaya ye Dr.
Mengenai perkembangan aku pulak, tengah menyiapkan tugasan tertunggak sebelum melangkah bekerja sendiri. Bagaimana rasanya, bila tiap-tiap hujung bulan duit masuk akaun dah berhenti??....adakah rasa lemon, muka bertukar jadi biru atau terasa terantuk dinding. Tapi yang pasti perancangan mesti diteruskan. Bila merancang, pastikan perancangan berjaya, kemudian lihat hasil adakah seperti sepatutnya atau sebaliknya. He..he..tak mahu melalut lebih-lebih.
Bulan ini juga my Ina punya kereta habis hutang "hire purchase", rasa lega bila dah abis hutang, tetapi seperti dijangka-jangka. Banyak pualk kena keluar lagi untuk baiki part yang lusuh. Jangan gatal masuk showroom sudah...he..he...Tetapkan diri with in 1 year no more new car. My honda pun baru nak masuk 2 tahun.
Bulan depan dijangka, dapat terima kunci apartment baru di Selayang. Gembira ada tak gembira pun ada. Gembira pastinya dapat apartment yang dah tiga tahun menunggu(tandatangan s & p seminggu ina lahirkan Aliff) dan tak gembiranya dah start kena bayar full instalment tiap-tiap bulan. tambahan lagi dengan perancangan nak berhenti, biru balik muka.