Isnin, 27 April 2009

MY KEBUN


Ini gambar yang diambil setahun yang lalu. Kelihatan abah tengah mengangkat benih sawit. Alhamdulillah dengan pertolongan abah, saya adalah salah seorang pemilik tanah dalam peta Malaysia. Walaupun keluasannya tidak besar. Tetapi ia menjadi wadah dan penyambung warisan abah memelihara tanah.
Minat mengenai tanah memang mendalam dan ia adalah salah satu hobi saya. Kini usia pokok sawit menjangkau dua tahun. 7 bulan semasa ditaman + satu tahun lima bulan kini.
Bercerita mengenai tanah, sebenarnya tanah adalah maruah kita. Pada saya setiap seorang dari kita perlu memiliki paling tidak sebidang tanah, samaada tapak rumah, tapak di lot-lot perniagaan atau pun sebidang tanah menempatkan tanaman.
Bila kita mimiliki tanah, kita memiliki sebahagian dari bumi malaysia tercinta. Kita ada hak dan penguasa dan juga penentu sedikit keputusan. Kita tak mudah diperlekeh dan kita tidak merempat dibumi sendiri.
Bercerita mengenai merempat, saya jadi sedih kebanyakan kita masih tidak memiliki ekuiti dan pegangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan