Rabu, 24 Jun 2009

BUKA BLOG

Ayat pertama keluar mesti macam boring nak baca...ha..ha...sebenarnya aku dah lupa pun password gogle...buka tapi tak boleh tulis. Alhamdulillah hari nie ingat balik.
Bulan nie genap 6 tahun 6 bulan aku bekerja di Halim Ahmad & Co. Sekejap masa berlalu dan bermacam perkara ku lalui. Bermula kerja di usia 22 tahun, Berumah tangga di hujung 25, Menjadi bapa yang hampir pengsan di wad hospital di penghujung 26, dan kini bulan depan 23 July 2009, genap usia 29 tahun....he..he..penghujung 20-an. pakcik dah tua...teringat disini juga bro mady dah 39 tahun nie yer....kata orang awal usia 40-an, waktu cabaran bagi lelaki
Sebenarnya perjalanan masih jauh dan banyak perlu diharungi. Mengikut perancangan juga bulan nie adalah bulan terakhir aku makan gaji....seperti kata Dr Mady "nak bakar jambatan" sekali bakar takde patah balik.
Entah mengapa aku suka pilih nombor yang ada kaitan dengan 6. Mat saleh tak suka nombor nie kan...he...he...Mula tahu bawa basikal berumur 6 tahun, sulung dari 6 beradik, keputusan peperiksaan 6A, 6 Agregate, ...Hantaran kawin 6 Ribu...he..he.....setelah kerja 6 tahun 6 bulan baru nak berniaga sendiri.......Ahh apa ada pada nombor, kalau poket kurang nombor.....

Isnin, 8 Jun 2009

KERJA MELAMBAK

Rasanya aku orang yang malas nak tulis blog...bukan takde ide..tapi sangat-sangat sibuk dengan tugas harian(he..he..kadang-kadang buat2 sibuk). Dengan keadaan tempoh pengauditan untuk tahun berakhir 31 December semakin berakhir. Untuk pengetahuan biasanya untuk syarikat Sdn Bhd Company perlu menyerah simpan penyata kewangan minggu pertama July kepada SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Maka kerja-kerja audit perlu diselesaikan sebelum berakhir Jun. Dan salinan penyata kewangan perlu diserahkan kepada setiausaha syarikat untuk tujuan serahan dan simpanan.
Semua benda nak cepat, client bising, senior bising, bos lagi bising...maka itu aku pun tak sempat nak berblog...hanya mampu click tengok dan click exit.