Isnin, 27 April 2009

KERJA GILA!!!!



Bila kita lihat gambar ni, mesti akan jadi tanda tanya kenapa ada pencawang elektrik di tengah-tengah jalan yang lurus. Jawapan saya, mereka yang merancangnya takde otak, otak letak di kepala lutut.

Apakah akan jadi bila jalan tanah merah ini akan dibesarkan atau diluaskan atau dinaik taraf? Jawapannya tentu akan menyusahkan. Dimanakan letaknya kredibiliti mereka yang menjalankan kerja?

Setiap hari puluhan petani-petani melalui jalan merbahaya ini untuk mencari rezeki. Oleh itu setiap hari juga mereka menempuh bahaya. Jika berlaku kecelakaan atas sebab ini siapakan yang perlu di pertanggungjawabkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan