Jumaat, 24 Julai 2009
TAK UPDATE LANGSUNG
Mengenai perkembangan aku pulak, tengah menyiapkan tugasan tertunggak sebelum melangkah bekerja sendiri. Bagaimana rasanya, bila tiap-tiap hujung bulan duit masuk akaun dah berhenti??....adakah rasa lemon, muka bertukar jadi biru atau terasa terantuk dinding. Tapi yang pasti perancangan mesti diteruskan. Bila merancang, pastikan perancangan berjaya, kemudian lihat hasil adakah seperti sepatutnya atau sebaliknya. He..he..tak mahu melalut lebih-lebih.
Bulan ini juga my Ina punya kereta habis hutang "hire purchase", rasa lega bila dah abis hutang, tetapi seperti dijangka-jangka. Banyak pualk kena keluar lagi untuk baiki part yang lusuh. Jangan gatal masuk showroom sudah...he..he...Tetapkan diri with in 1 year no more new car. My honda pun baru nak masuk 2 tahun.
Bulan depan dijangka, dapat terima kunci apartment baru di Selayang. Gembira ada tak gembira pun ada. Gembira pastinya dapat apartment yang dah tiga tahun menunggu(tandatangan s & p seminggu ina lahirkan Aliff) dan tak gembiranya dah start kena bayar full instalment tiap-tiap bulan. tambahan lagi dengan perancangan nak berhenti, biru balik muka.
Rabu, 24 Jun 2009
BUKA BLOG
Bulan nie genap 6 tahun 6 bulan aku bekerja di Halim Ahmad & Co. Sekejap masa berlalu dan bermacam perkara ku lalui. Bermula kerja di usia 22 tahun, Berumah tangga di hujung 25, Menjadi bapa yang hampir pengsan di wad hospital di penghujung 26, dan kini bulan depan 23 July 2009, genap usia 29 tahun....he..he..penghujung 20-an. pakcik dah tua...teringat disini juga bro mady dah 39 tahun nie yer....kata orang awal usia 40-an, waktu cabaran bagi lelaki
Sebenarnya perjalanan masih jauh dan banyak perlu diharungi. Mengikut perancangan juga bulan nie adalah bulan terakhir aku makan gaji....seperti kata Dr Mady "nak bakar jambatan" sekali bakar takde patah balik.
Entah mengapa aku suka pilih nombor yang ada kaitan dengan 6. Mat saleh tak suka nombor nie kan...he...he...Mula tahu bawa basikal berumur 6 tahun, sulung dari 6 beradik, keputusan peperiksaan 6A, 6 Agregate, ...Hantaran kawin 6 Ribu...he..he.....setelah kerja 6 tahun 6 bulan baru nak berniaga sendiri.......Ahh apa ada pada nombor, kalau poket kurang nombor.....
Isnin, 8 Jun 2009
KERJA MELAMBAK
Semua benda nak cepat, client bising, senior bising, bos lagi bising...maka itu aku pun tak sempat nak berblog...hanya mampu click tengok dan click exit.
Jumaat, 29 Mei 2009
AL KISAH LAMA TAK MENULIS
Rabu, 29 April 2009
DEMAM!!!
Demam sekali dengan tekak kering dan batuk sikit-sikit...kena selsema babi ker aku...he..he..rasanya takde pulak pergi obersi...pergi sungai besi selalu lah. Kalau nak kena sakit tak payah tunggu selsema babi pun....dalam bersih pun boleh kiok...dunia hanyalah tempat tumpangan sementara....akhirat jua kekal abadi....bila ingat begini terasa sangat-sangat kerdilnya diri ini....
Oklah petang nanti kalau panadol tak jalan, kena pergi klinik. Lagipun esok cuti....
NYARIS KENA PUKAU!!!!
Dalam hati dah start baca ayat kursi dan 3 kul. Terasa seram sejuk juga. Alhamdulillah semuanya ok.
Pada perkiraan aku, faktor yang menyelamatkan aku.Pertama ingat Allah dan zikrullah. Kedua belum ada sentuhan (tak sempat berjabat tangan lagi). Ketiga cabut cepat dari tempat kejadian. Keempat memang tengah takda duit dan Kelima Allah menentukan segalanya. Kalau dah ditentukan Allah kita ditimpa musibah, walau macaman berhati-hati pun tetap akan kena.
Yang penting kena selalu ingat kepadanya...Alhamdulillah.
Isnin, 27 April 2009
KERJA GILA!!!!
Bila kita lihat gambar ni, mesti akan jadi tanda tanya kenapa ada pencawang elektrik di tengah-tengah jalan yang lurus. Jawapan saya, mereka yang merancangnya takde otak, otak letak di kepala lutut.
Apakah akan jadi bila jalan tanah merah ini akan dibesarkan atau diluaskan atau dinaik taraf? Jawapannya tentu akan menyusahkan. Dimanakan letaknya kredibiliti mereka yang menjalankan kerja?
Setiap hari puluhan petani-petani melalui jalan merbahaya ini untuk mencari rezeki. Oleh itu setiap hari juga mereka menempuh bahaya. Jika berlaku kecelakaan atas sebab ini siapakan yang perlu di pertanggungjawabkan?
MY KEBUN
Jumaat, 24 April 2009
BACA BLOG..!!!
Sebenarnya ada cita -cita dulu unttk belajar luar negara. Malangnya ekonomi gawat tahun 1997, memang peluang nak belajar ke luar negeri hampir tertutup terus...tapi saya tetap bersyukur pada yang esa berada di keadaan sekarang...he..he..senang hidup jer....dan di permudahkan segala urusan.....
Berbalik kepada Rauhan, he..he..muka sama macam saudara mara wife aku Ina kat Tumpat...he..he...diberitahu sekali lagi keturunan aku dah bercampur darah kelate...dan my Aliff and Alya, sangat-sangat biasa make budu....siap cicah dengan timun lagi......
he..he..aku sampai sekarang masih tak boleh makan budu secara langsung...cuma kalau dah masuk dalam makanan tak tahu la aku....
Rabu, 22 April 2009
ALYA MAISARA
Isnin, 20 April 2009
My kereta idaman, try to get that before 35...he.h.he..berangan C200K almost RM 233,000 beb.....kalau makan gaji sure tinggalkan sajer cita-cita itu. Oleh itu aku kena rushing planning nak start business cepat-cepat...layan jangan tak layan
Matlamat terdekat mahu sambar C200K before 30...menghitung hari, maka tinggal 1 tahun 3 bulan sebelum capai matlamat...time to work hard.....so market value c200k year 2001 sekarang 95k...if satu tahun lagi around 80k kot...he..he..hidup mesti ada matlamat beb...baru akan kuat berusaha dan bekerja.....bila dah berusaha, tawakal kepadanya.....kerana ia menentukan segalanya....PERMULAAN SEBUAH CATITAN
20, April 2009- Bermulalah catatan aku dalam menulis blog...ianya teramatlah baru..dan terlalu banyak perlu aku pelajari dan layari...he..he..